Resepi Aiskrim Milo homemade yang mudah dan confirm menjadi!

Siapa disini yang suka makan aiskrim atau ada anak yang suka sangat makan aiskrim? Dengan kos barang makanan yang semakin meningkat, harga untuk satu kon aiskrim pun dah mahal sekarang. Lagipun aiskrim buatan sendiri kita lebih bagus daripada yang dijual dekat luar. Kenapa? Ini kerana kita tak tahu apa bahan atau ramuan yang dimasukkan untuk membuat aiskrim tersebut. Ada orang tak suka manis-manis sangat, ada pula yang suka semua jenis aiskrim tapi mesti bersalutkan coklat macam aiskrim magnum.

Kelebihan kita buat aiskrim kita sendiri adalah kos dan berapa banyak yang kita boleh buat bergantung kepada kemahuan kita sendiri. Tambahan pula, kita boleh kawal berapa kandungan gula atau susu dalam aiskrim kita. Kita juga boleh buat seberapa banyak yang kita nak dan simpan di peti ais serta makan pada bila-bila masa sahaja yang kita nak tanpa perlu beli dekat kedai. Apalagi kalau matahari terik tegak dekat atas kepala, tengah-tengah panas memang sedap makan aiskrim yang sejuk baru keluar dari peti ais. Fuh ! Sedapnya tak terkata bagi budak yang baru balik dari sekolah, apatah lagi kita yang dah dewasa ni.

Terdapat penjelasan saintifik yang mengatakan apabila kita makan aiskrim, badan akan menghasilkan serotonin, yang membuatkan anda lebih gembira. Untuk itu, makan aiskrim pada waktu pagi boleh menaikkan perasaan gembira dan mood yang baik.Hasilnya, sepanjang hari anda akan terasa lebih seronok dan bertenaga.Selain meningkatkan mood, aiskrim juga kaya dengan vitamin.Dalam kandungan aiskrim, terdapat bahan asas susu sebagai penyumbang utama vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Malah, aiskrim mengandungi vitamin A, D, K, B12, kalsium dan fosforus yang memberi kesan baik kepada kesihatan badan menyokong produktiviti sepanjang hari.

AISKRIM MILO HOMEMADE

Siapa yang akan menolak bila diberi aiskrim milo ni? Kalau dekat Petronas, ambil aiskrim milo cup tu. Makan tengah panas memang cepat je habis. Daripada kerap beli, lebih baik kita buat sendiri kan. Boleh dapat banyak lagi dan anak-anak pun suka makan aiskrim yang dikongsikan D’Jara Twin ni.

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

Susu cair 1 tin

Milo 1 cawan

Susu pekat 2 sudu besar

Ovalet 1-2 sudu besar

Cara Penyediaan :

Campurkan ke semua bahan sehingga pekat.Masukkan ke dalam bekas. Hias dengan coklat cip. Selepas, masuk dalam peti ais semalaman. Siap dan sedia dimakan.

Kini, anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai masa untuk membuat aiskrim anda sendiri daripada rumah kerana kita mempunyai platform untuk order atau beli makanan masakan daripada rumah iaitu dengan menggunakan platform Hawkr. Sekarang teknologi sudah semakin canggih dan semuanya hanya dihujung jari sahaja. Hawkr adalah platform penghantaran makanan masakan daripada rumah dan terdapat banyak jenis makanan yang disediakan daripada rumah selain daripada aiskrim. Makanan masakan daripada rumah lebih berkhasiat berbanding yang diluar.

© 2023 Hawkr Pte. Ltd. All rights reserved.

For customers

FAQ for customers (coming soon)

Terms of service

Order now!

For merchants

FAQ for merchants (coming soon)

Join as a merchant today!